Pengikut

Ahad, 20 Jun 2021

Masih Ada Rindu


Nantikan drama 'Masih Ada Rindu' diinspirasikan daripada novel karya Mimie Afinie. 

Menampilkan gandingan Farid kamil dan Mimi Lana. 

Diarahkan oleh Osman Ali. Saksikan Masih Ada Rindu di slot Akasia TV3, mulai 2 Jun 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. 

Juga boleh menontonnya di platform WeTV.


* * * * * * 

JUDUL : MASIH ADA RINDU

EPISOD : 16

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS NOVEL : Mimie Afini

PENULIS SKRIP : Naza Manas

PENGARAH : Osman Ali

PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd

PELAKON : 

Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Fenn Azia, Mia, Miny Ghazy

WATAK PELAKON:

Farid kamil sebagai Hadi/Hakim

Mimi Lana sebagai Nurul Syafika

Halim Radzi sebagai Imran

Dayang Areeda sebagai Nasya

Kuna Muzani sebagai Hajah Noraini

Aleza Shadan sebagai Zaleha

Rahim Jailani sebagai Saifuddin

Aishah Ilias sebagai Syazwani

Fahmi Reza sebagai Badrul

Sri Idrina sebagai Rafidah


* * * * * 

LAGU TEMA (OST):

Nada Kalbu - Aina Abdul

Nukilanku - Aisha Retno 

Cinta - Marsha Milan

* * * * * 

SINOPSIS MASIH ADA RINDU

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. 

Bagaimanakah Hadi dan Syafika mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu?

Mampukah Syafika menerima Hadi setelah keadaan dia kembali seperti dulu.?



Hakim melamar Syafika pada hari graduasinya. Ibu Syafika, Zaleha tidak bersetuju kerana tidak mahu apa yang berlaku padanya dahulu, berlaku pada anaknya pula. Ayahnya Saifuddin merestui tetapi Zaleha memutuskan hubungan dengan Syafika. Hakim memberitahu berita perkahwinannya kepada abangnya Hadi. Melihat pada Syafika, Hadi merasakan ada sesuatu yang istimewa. 



Syafika dan Hakim berbulan madu. Hakim menunjukkan sisi romantiknya untuk sambutan hari lahir Syafika yang ke-21. Malangnya, Hakim diserang asma dan menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital. Syafika berada dalam kesedihan yang amat besar atas kematian Hakim. Ibu Hakim, Hajjah Noraini menjaga Syafika dengan baik. Syafika sering salah anggap bahawa Hadi adalah Hakim. 



Hadi semakin tertarik dengan peribadi Syafika. Suatu hari Syafika yang kepenatan pengsan. Hadi menghantar Syafika ke hospital dan doktor memberitahu Syafika sudah mengandung. 


Syafika mula merasakan Hadi sudah jatuh hati padanya. 


Syafika cuba untuk melawan perasaan itu kerana masih rindukan Hakim. Hajjah Noraini merestukan, akhirnya Syafika membuka pintu hatinya untuk Hadi. Sudah bersediakah Syafika ‘melepaskan’ Hakim? Bagaimanakah Hadi membuktikan cintanya kepada Syafika?

Ahad, 20 Disember 2020

Aku Nak Move On


Salam.. 

Entri paling aku suka dan sampai sekarang pun entri ni tetap femes, biasalah buat orang yang tengah frust menonggeng tu.. 

Apalagi aku sendiri pernah merasai kena tinggal dengan ex..

Habis tumpahlah airmata aku entah berapa baldi, tak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika itu.

Hampir separuh gila aku waktu tu..
Bila bertahun berkawan selepas tu bercinta, tapi akhirnya terputus di tengah jalan.

Merana, terluka, sakit dan terseksa, sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Bagi yang pernah lalui dah tentu akan merasa makna sakitnya bila kena tinggal.

Nak tahu tak kena susah sangat nak Move On.?!

1. Sebab rasa sayang tu sangat tebal dan dalam sedalamnya lautan.

2. Sering sendirian dan takde tempat untuk mengadu dan meluahkan segala lara yang terpendam di dada.

Seringkali teringat kenangan manis bersama si dia, lepas tu suka layan emosi sorang-sorang, dahlah non-stop dengan lagu jiwang, lagu cintan, macam manalah proses Move On tu berhasil dengan jayanya..!!

"Sebak" - Ukays 

"Teratai Layu Di Tasik Madu" - Fauziah Latiff 

"Pelamin Anganku Musnah" - Azie 

Amboi..lagu tu yang selalu aku dengar time putus dengan ex dulu..

3. Pergi Dia Tanpa Kerelaan 

Hati siapa tak tertanya-tanya bayangkanlah tiba-tiba menghilang, mesej tak, call pun tak, menyepi tanpa berita,  resah gelisah hati tak keruan lepas tu tiba-tiba dapat mesej macam ni..

"Awak, cukuplah sampai di sini saja hubungan kita, lupakanlah aku, dan jangan cari aku lagi"...

Alahai tersentap rasa bila dapat mesej macam tu, dunia seakan gelap gelita, awan biru tetiba bertukar menjadi mendung, sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan turun di tengahari.

4. Banyak Kenangan Bersama 

Gambar dan hadiah pemberian si dia, nak di buang sayang, sebab itu saja yang ada walau di dia sudah "pergi" dari hidup ini.

5. Dah Jumpa Pun Ahli Keluarga Si Dia 

Penerimaan keluarganya begitu baik sekali, walau baru kenal tapi bagai bertahun lamanya kenal mereka.

Sungguh terkilan sekali dah rancang nak bina mahligai tapi tiba-tiba terkandas di tengah jalan, hati siapa tak sedih..

6. Citarasa Yang Sama 

Dia suka travel aku pun suka travel, dia suka baca buku aku pun sama suka baca buku, hampir banyak persamaan di antara aku dan si dia.

Sukar nak lupakan kenangan itu.

7. IKHLAS Dan Sayang Sepenuh Hati 

Mula-mula dulu sukar nak terima si dia, tapi perasaan tidak dapat ditipu, kenal pun tanpa dirancang.

Aku sorang yang pemalu dan tak banyak cakap, banyak yang kurang pada aku, tapi si dia tak kisah pun siapa aku.

Kejujuran dan keikhlasan hati si dia buatkan aku tidak teragak-agak menerima cintanya, orangnya baik dan hormat orangtua.

8. Padam Semua Chat, Wasap, UNFRIEND FB dan Block No Phone Si Dia.

Tapi kat FB aku tak block, aku cuma UNFRIEND saja.

Walau sakit dan sulit untuk melupakan dirinya tetapi kau harus relakan dia pergi, usah mengharapkan dia kembali kerana dia mungkin bukan yang terbaik buat kau.

Dan kini... 

Biar dia tengok orang yang pernah dia tinggalkan dulu kini sudah berjaya dan mampu "BANGKIT" tanpa si dia di sisi.

Biar dia tengok orang bersorak menyebut namaku, biarlah..

Kini..

Aku sudah tawar hati dan tiada lagi rasa sayang itu, meski pada mulanya aku rasa sakit untuk "LEPASKAN", luka itu amat dalam menunggu masa berminggu, berbulan dan bertahun untuk sembuh.

Namun kini sudah tidak ingat lagi siapa si dia, aku bahagia dengan hidup aku sekarang.

Buat apakan nak merintih, yang di sana begitu susah ada kehidupan sendiri begitu jua aku.

Memang pergi sulit bertahan sakit..

Untuk apa meratapi insan yang tidak pernah mengenal erti "MENGHARGAI"..

Lepaskan dan relakan perpisahan itu, kita memang tidak di takdirkan untuknya, mungkin suatu hari Tuhan akan hadirkan seseorang yang lebih baik dari si dia.

Dekatkan diri pada-Nya, biar Tuhan pegang hati kita, supaya terus tabah dan REDHA dengan segala yang terjadi.

Tuhan tak nak tengok kita sedih dan berduka lama-lama, ada sebab kenapa kita dipertemukan dengan seseorang.

Mungkin Tuhan telah "UTUSKAN" seseorang yang terbaik kita, cuma kita saja yang tak sedar.

Buka pintu hati dan beri ruang ke dalam diri, buat yang terbaik untuk diri kita, respect diri dulu sebelum hormat orang lain.

Pasti kita boleh..!! Yakinlah janji Allah itu pasti..!!

Follow Fb 👉Veronica Chendang
Follow Blog 👉 Redak Seribu